Panduan Memilih Kad Kredit Pertama Anda
Author Avatar

(Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris di sini.)

Ia sememangnya suatu keputusan yang besar untuk mendapatkan kad kredit diri sendiri buat pertama kali. Bagi golongan dewasa yang baru sahaja memulakan pekerjaan, memiliki kad kredit juga boleh membantu anda membina skor kredit, selain mendisiplinkan diri anda untuk meminjam serta menggunakan kemudahan kredit dengan bertanggungjawab. 

Memandangkan terdapat pelbagai jenis kad kredit yang ditawarkan di pasaran, bagaimanakah cara untuk memilih kad kredit yang sesuai dengan anda? Sebelum anda mendapatkan mana-mana kad kredit, pertimbangkan dahulu beberapa faktor penting. Untuk membantu anda, berikut merupakan panduan untuk memilih kad kredit pertama anda. 

Pilih kad kredit yang bersesuaian dengan pendapatan anda 

Cara yang paling baik untuk membantu anda memilih kad kredit adalah berdasarkan pendapatan minimum yang ditetapkan sebagai kelayakan untuk memohon kad kredit tertentu. Hal ini kerana anda tidak dapat memohon sesetengah kad kredit, sekiranya pendapatan anda tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Kebiasaannya, kad kredit yang menawarkan manfaat yang lebih menarik memerlukan anda untuk mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. 

Walaupun begitu, jangan risau! Masih terdapat banyak pilihan kad kredit untuk golongan yang ingin mendapatkan kad kredit pertama mereka. Terdapat pelbagai bank yang menyediakan kad kredit yang sesuai untuk individu yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Sebagai contoh, kad kredit Alliance Bank Visa Platinum yang hanya memerlukan pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000. Ini bermakna anda boleh mendapatkan kad tersebut dengan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM2,000. 

Utamakan kad kredit dengan kadar faedah yang rendah dan tiada fi tahunan

Jika anda baru sahaja mula bekerja, anda berkemungkinan besar akan mendapat gaji graduan baharu. Dalam fasa ini, anda akan mempelajari pelbagai perkara berkenaan pengurusan wang, selain mempunyai lebih banyak komitmen kewangan berbanding ketika waktu di institusi pembelajaran.

Mengambil kira cabaran-cabaran tersebut, anda perlu memastikan bahawa kad kredit anda tidak akan menjadi suatu beban. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memilih kad kredit dengan kadar faedah terendah serta tanpa fi tahunan. 

Secara amnya, kebanyakan kad kredit mengenakan kadar faedah yang tinggi ke atas baki tertunggak. Untuk mengelakkan faedah tersebut, pastikan anda membayar bil kad kredit anda sepenuhnya mengikut masa. Selain itu, pilih juga kad kredit tanpa fi tahunan, atau yang sering disebut oleh bank sebagai “percuma seumur hidup”. Contoh yang baik ialah kad kredit Maybank 2 Gold. Sebagai peringatan, terdapat banyak syarikat kad kredit yang menawarkan pengecualian fi tahunan, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Seumpamanya, anda akan perlu menggunakan kad tersebut beberapa kali atau dalam jumlah tertentu dalam setahun. 

Bagi yang baru memulakan pekerjaan, anda disarankan untuk memilih kad kredit yang tidak meletakkan syarat-syarat sedemikian. Hal ini kerana pengecualian fi tahunan yang tertakluk kepada jumlah penggunaan kad kredit akan mendorong anda untuk berbelanja lebih daripada kemampuan anda. 

Oleh itu, cuba memilih kad kredit yang mengecualikan fi tahunan seperti kad kredit Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card-i. Terdapat juga kad-kad kredit yang hanya memerlukan anda untuk menggunakan kad tersebut sebanyak 12 kali setahun untuk menikmati fi tahunan percuma, seperti kad kredit Aeon Big Visa Gold dan Afin Duo Visa Cash Back. Anda boleh memenuhi syarat tersebut dengan dengan mudah, seperti menggunakannya untuk keperluan harian anda (sebagai contoh, mengisi petrol atau membeli barangan runcit). 

Pilih kad kredit yang sesuai dengan gaya hidup anda

Anda juga dinasihatkan untuk memilih kad kredit yang paling sesuai dengan gaya hidup anda. Untuk pengetahuan anda, kad-kad kredit yang berada di pasaran biasanya akan menawarkan pelbagai manfaat, seperti pulangan tunai (cashback), mata ganjaran (reward points), dan ganjaran perjalanan (airmiles). Manfaat sesetengah kad juga akan lebih lumayan berbanding manfaat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat kad kredit lain, seperti pulangan tunai yang lebih tinggi atau meliputi perbelanjaan yang lebih luas berbanding yang lain.

Individu yang sudah biasa menggunakan kad kredit selalunya memiliki beberapa kad kredit untuk jenis-jenis perbelanjaan yang berbeza. Buat pengguna baharu, anda disarankan untuk memilih kad kredit yang paling sesuai dengan trend perbelanjaan anda serta dapat memberikan manfaat yang paling tinggi. Misalnya, jika anda lebih kerap berbelanja pada hujung minggu, anda boleh mendapatkan kad kredit seperti Maybank 2 Gold yang mengutamakan pulangan tunai pada hujung minggu. Sekiranya anda gemar berbelanja secara dalam talian pula, anda boleh mendapatkan kad kredit yang memberikan rebat tunai untuk perbelanjaan dalam talian. Contoh yang baik ialah kad kredit Affin Duo Visa Cash Back

Untuk ganjaran perjalanan pula, manfaat ini lazimnya ditawarkan untuk kad-kad kredit yang memerlukan jumlah pendapatan yang tinggi. Manfaat mata ganjaran pula adalah sedikit rumit kerana kadar penebusan berbeza mengikut bank. Untuk individu yang baru ingin mendapatkan kad kredit, anda boleh memberi lebih tumpuan kepada manfaat pulangan tunai. 

Lakukan persediaan untuk memiliki kad kredit pertama

Kesimpulannya, sebelum mendapatkan kad kredit pertama, anda perlu terlebih dahulu melakukan perbandingan. Membandingkan kad kredit di pelbagai laman mungkin remeh dan mengambil masa. Untuk memudahkan anda, sila gunakan laman perbandingan seperti RinggitPlus untuk melihat perbezaan kad-kad kredit

Setelah anda berjaya membuat keputusan, anda juga tidak perlu membuat panggilan telefon atau berkunjung ke cawangan bank untuk membuat permohonan. Sebaliknya, anda hanya perlu memohon kad kredit secara dalam talian melalui laman web RinggitPlus, yang turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk permohonan yang berjaya. 

Setelah memiliki kad kredit, anda diingatkan untuk menggunakan kad kredit anda dengan sebaik-baiknya. Kad kredit boleh menjadi kawan atau lawan, bergantung kepada penggunaannya. Oleh itu, sentiasa berbelanja dengan berhemah serta gunakan kad kredit anda dengan penuh tanggungjawab untuk meraih pelbagai manfaat.

5 4 votes
Article Rating

SHARE

Comments (0)

Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Top Bahasa Malaysia Articles
Post Image
Panduan Memfail Cukai Pendapatan Individu 2023 (Tahun Taksiran 2022)
Alex Cheong Pui Yin
- 20th April 2023
Musim memfail cukai pendapatan kini kembali, dan semestinya kami kembali semula dengan panduan tahunan ini untuk memudahkan proses […]
Post Image
Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
ringgitplus
- 19th April 2023
Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang […]
Post Image
Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
ringgitplus
- 25th August 2023
Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup […]
Post Image
#JimatWangBersamaHann: Berhenti Membayar Faedah Kad Kredit Dan Jimat Ribuan Ringgit
ringgitplus
- 22nd May 2023
(Baca dalam Bahasa Inggeris di sini.) Saya selalu menasihatkan keluarga serta kenalan saya untuk beralih daripada want tunai […]

Related articles

Related Posts Image
Related Posts Image

Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga

Jacie Tan -
2nd February 2021
Related Posts Image
Related Posts Image