Apakah Konsep "Dollar-Cost Averaging" Dalam Pelaburan?
Author Avatar

(Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.)

Walaupun terdapat ramai yang pandai memberi nasihat “cepat kaya” di ruang internet, hakikatnya…masih ramai yang belum menjadi kaya dengan cepat. Hal ini kerana nasihat yang diberi selalunya bergantung kepada nasib, dan lebih biasanya hanya helah penipuan kewangan. Sebagai contoh, konsep “beli ketika pasaran rendah, dan jual ketika pasaran tinggi” yang sering diajarkan merupakan strategi biasa yang diketahui ramai. Namun, memang sudah terbukti bahawa ia hampir mustahil untuk membuat pemasaan pasaran (market timing) secara berkesan. 

Selain nasib, tiada strategi pelaburan lain yang mampu menjana pulangan tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Jadi, apakah cara terbaik untuk membina kekayaan dalam jangka panjang secara mampan? Jawapannya tidaklah melibatkan pelaburan kripto atau pemasaan pasaran, atau sebarang teknik yang ajaib. Sebaliknya, ia agak membosankan, tetapi berkesan dan boleh diharapkan – iaitu pelan pelaburan bulanan.

Pelan pelaburan bulanan dalam jangka panjang memerlukan disiplin dalam menguruskan perbelanjaan harian anda. Ia juga memastikan agar anda sentiasa menyimpan wang secara bertanggungjawa supaya anda boleh mencapat matlamat kewangan anda, serta meminimumkan pendedahan risiko anda.

Pertamanya, adakah anda mempunyai pelan simpanan bulanan?

epf retirement jar

Pelan simpanan bulanan ialah langkah membina kekayaan jangka panjang yang berkesan. Ia menggalakkan anda untuk mengawal perbelanjaan anda, dan seterusnya meningkatkan jumlah wang yang disimpan. Namun, tidak dinafikan bahawa strategi simpanan bulanan boleh terasa susah pada awalnya, terutamanya jika ia memaksa anda untuk mengubah gaya hidup anda.

Sebelum membuat pelan simpanan bulanan yang boleh anda patuhi, anda perlu mengetahui jumlah perbelanjaan anda – serta apa yang dibelanjakan – dalam setiap bulan. Melalui cara ini, anda akan sedar bahawa semua perbelanjaan – termasuklah perbelanjaan yang kecil – boleh memberi kesan kepada kewangan anda. Misalnya, jika anda tidak membeli latte setiap hari di kafe, anda boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda sehingga beberapa ratus ringgit dengan mudah! 

Terdapat banyak perbelanjaan lain yang juga boleh dikurangkan apabila anda meneliti perbelanjaan wang anda. Misalnya, adakah anda benar-benar memerlukan sepasang kasut baru? Jika tidak, anda mungkin dapat jimat RM650! Bagaimana pula sesi karaoke mingguan bersama kawan-kawan? Jika tidak perlu, anda dapat jimat RM300 atau lebih setiap bulan dengan mudah!

Apakah maksud dollar-cost averaging?

Dollar-cost averaging melibatkan pelaburan sejumlah wang yang tetap setiap minggu atau bulan. Dengan pelaburan yang konsisten dan berkala, anda kadangkala akan melabur ketika pasaran rendah, dan kadangkala ketika pasaran tinggi. Secara amnya, ini akan mengurangkan risiko membeli “pada masa yang salah”.

Apabila anda membuat pelaburan besar secara tidak konsisten, anda akan terdedah kepada risiko keadaan pasaran. Misalnya, anda mungkin membuat pelaburan ketika harga pasaran terlalu tinggi (yang mungkin akan menyebabkan kerugian). Bagi mereka yang berhasrat untuk menunggu “masa yang sesuai untuk melabur” pula, ingat: ia hampir mustahil untuk meneka masa yang tepat; jika pengurus dana profesional pun tidak selalu dapat berbuat demikian, bagaimana pula anda?

Oleh itu, pelan pelaburan bulanan akan mendisiplinkan anda untuk melabur dan memanfaatkan kaedah dollar-cost averaging setiap bulan. Proses ini boleh dipermudahkan jika anda menetapkan arahan tetap bulanan (monthly standing instruction) supaya wang dimasukkan terus ke dalam akaun pelaburan anda.

Uruskan masa depan kewangan anda

Jika anda belum lagi mula melabur, anda bolehlah mula mengorak langkah untuk mencapai matlamat kewangan anda. Cuba pastikan diri anda mengetepikan sebahagian daripada simpanan bulanan untuk pelaburan, dan jangan bebankan diri anda dengan persoalan seperti “adakah pasaran sedang naik atau turun” atau “adakah kini masa yang baik untuk mula melabur?”. 

Daripada anda cuba menentukan masa pasaran, lebih baik anda cuba memaksimumkan tempoh wang anda dilaburkan dengan melabur sejumlah daripada gaji anda setiap bulan.

5 1 vote
Article Rating

SHARE

Comments (0)

Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Top Bahasa Malaysia Articles
Post Image
Panduan Memfail Cukai Pendapatan Individu 2023 (Tahun Taksiran 2022)
Alex Cheong Pui Yin
- 20th April 2023
Musim memfail cukai pendapatan kini kembali, dan semestinya kami kembali semula dengan panduan tahunan ini untuk memudahkan proses […]
Post Image
Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
ringgitplus
- 19th April 2023
Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang […]
Post Image
Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
ringgitplus
- 25th August 2023
Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup […]
Post Image
Cara Memfailkan Cukai Pendapatan Jika Bertukar Atau Kehilangan Pekerjaan Pada Tahun Lalu
ringgitplus
- 27th April 2023
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beberapa tahun belakangan ini merupakan masa yang sukar bagi ramai orang, berikutan pandemik […]

Related articles

Related Posts Image
Related Posts Image

Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga

Jacie Tan -
2nd February 2021
Related Posts Image
Related Posts Image