#JimatWangBersamaHann: Berhenti Membayar Faedah Kad Kredit Dan Jimat Ribuan Ringgit
Author Avatar

(Baca dalam Bahasa Inggeris di sini.)

Saya selalu menasihatkan keluarga serta kenalan saya untuk beralih daripada want tunai kepada kad kredit (dan/atau e-dompet) ketika berbelanja. Ini kerana anda boleh menjimatkan atau menggandakan wang sehingga ratusan ringgit (bagi kebanyakan keluarga) setiap tahun.

Kad kredit merupakan satu produk yang bagus. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai hutang kad kredit sedia ada yang tidak dibayar sebelum atau pada tarikh akhir bil bulanan anda, ini bermakna anda mempunyai baki pada kad anda secara konsisten dan perlu membayar faedah kad kredit dengan berterusan.

Jangan main-main dengan kadar faedah kad kredit, ya – kadar purata tahunan untuk caj faedah kad kredit adalah antara 9% – 18% setahun, atau 0.75% – 1.5% setiap bulan pada baki kad kredit anda.

Jika anda menghadapi kesulitan untuk membayar balik baki kad kredit tertunggak anda, memindahkan jumlah tersebut kepada kad kredit dengan pelan pemindahan baki (balance transfer plan) boleh menjimatkan ratusan bahkan ribuan ringgit. 

Ringkasan – Jika anda tidak boleh membayar balik pembelian besar atau baki kad kredit anda sepenuhnya sebelum atau pada tarikh pembayaran balik (statement due date), langkah yang lebih baik ialah melakukan pemindahan baki, untuk ‘membeli masa’ pada kadar faedah 0% setahun dan jimat caj faedah sehingga ratusan ringgit. 

Bagaimana Pelan Pemindahan Baki Berfungsi?

Anggap pelan pemindahan baki sebagai satu kad kredit yang “membayar” baki tertunggak kad kredit yang lain, dan amaun ini akan dicaj secara ansuran pada kadar faedah yang jauh lebih rendah dan kadangkala dengan fi pendahuluan sekali sahaja yang rendah. Ini memberikan anda masa untuk membayar baki tersebut dengan kadar faedah yang lebih rendah atau tanpa faedah terakru. 

Jika anda tidak mempunyai kad kredit lain (iaitu selain daripada kad kredit yang mempunyai baki yang besar tersebut), anda perlu memohon kad kredit daripada bank lain. Anda kemudiannya akan diberikan sama ada borang pemindahan baki yang berasingan, atau dikehendaki untuk mengisi bahagian “pemindahan baki” bagi permohonan kad kredit yang besar, yang akan diproses bersama atau sejurus selepas permohonan kad kredit anda.

Biasanya, anda boleh memindahkan sehingga 80% daripada had kad kredit baharu anda; jadi, jika anda mempunyai kad kredit baharu dengan had RM10,000, anda boleh momohon untuk pelan pemindahan baki RM8,000. Baki tersebut akan “dipindahkan” daripada kad “lama” anda ke kad kredit anda yang baru diluluskan, dalam masa beberapa hari bekerja. Anda perlu membayar baki tersebut sepanjang tempoh pembayaran yang dipersetujui, daripada tempoh minimum dari tiga bulan sehingga 36 bulan (selalunya, pelan 0% yang ditawarkan adalah untuk tempoh 6 atau 12 bulan).

Untuk penerangan lanjut tentang bagaimana program pemindahan baki berfungsi, anda boleh merujuk pada artikel mengenai pemindahan baki 101 yang telah disediakan oleh pasukan saya. 

4 Peraturan Emas Pemindahan Baki

1) Jangan terlepas pembayaran balik pemindahan baki anda.

Jika anda terlepas atau tidak cukup membayar mana-mana ansuran, anda akan dikenakan faedah ke atas baki yang tinggal untuk tempoh tertunggak (dan bukan hanya satu ansuran). Selain itu, anda juga akan dikenakan fi pembayaran lewat. 

2) Jangan gunakan pemindahan baki anda sebagai alasan untuk meningkatkan perbelanjaan.

Meskipun anda kini mempunyai kad kredit baharu pada kadar faedah yang rendah (atau 0%), ini tidak bermakna anda boleh menggangap anda mempunyai “wang tambahan”. Ingat, jika anda cuba menjimatkan wang menggunakan fasiliti ini, meningkatkan perbelanjaan anda akan menggagalkan tujuan tersebut. 

3) Jangan mengambil masa yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk membayar balik keseluruhan baki anda.

Dalam kalangan pengguna kad kredit yang berpengalaman tinggi, ada suatu trend untuk memohon pelan pemindahan baki dan menggunakan amaun tersebut untuk didepositkan ke dalam akaun simpanan berfaedah tinggi (high interest savings accounts) atau ke dalam alternatif-alternatif lain, dengan tujuan memperoleh faedah sepanjang tempoh pemindahan baki tersebut.

Tetapi, jika anda memohon pelan ini dengan tujuan membayar balik hutang kad kredit, trend ini langsung tidak relevan untuk anda. Dan lebih penting lagi, jumlah penjimatan yang anda nikmati dengan pelan pemindahan baki berbanding kadar cas faedah kad kredit jauh lebih tinggi daripada jumlah yang mungkin anda perolehi dengan trend di atas.

4) Jangan bayar jumlah bayaran minimum sahaja.

balance transfer cards

Ada segelintir pelan pemindahan baki di Malaysia yang membolehkan anda memindahkan baki ke kad lain dan hanya membayar bayaran minimum bulanan 5% daripada baki. 

Namun begitu, ini amatlah tidak digalakkan bagi mereka yang menggunakan fasiliti ini untuk membayar hutang kad kredit. Ini kerana, walaupun anda boleh membayar hanya 5% daripada jumlah ansuran bulanan, baki 95% masih perlu dibayar pada bulan/ansuran terakhir pelan ini. Sebagai conoth, katakanlah anda mengambil pelan pemindahan baki sejumlah RM12,000 selama 12 bulan (bermakna ansuran bulanan adalah RM1,000). Jika anda hanya membayar jumlah minimum setiap bulan (RM50), pada bulan terakhir anda akan perlu membayar RM11,450!

Daripada pengalaman saya, kebanyakan mereka yang hanya membayar 5% ini akan seterusnya melanggar Peraturan Emas #2 di atas.

Berapa Banyak Yang Boleh Anda Jimat?

Jika anda mempunyai baki pada kad anda yang tidak dapat dibayar pada penghujung tarikh akhir penyata, maka anda berpotensi untuk menjimatkan ribuan ringgit dengan pelan pemindahan baki.

Sebagai penjelasan, berikut ialah ilustrasi ringkas bagi situasi seseorang yang perlu membuat pembelian dengan kad kredit mereka berjumlah RM12,000 tetapi hanya boleh membayar jumlah tersebut dalam tempoh 6 bulan.

Dalam jadual di bawah, saya memberikan beberapa senario pemindahan baki yang realistik, yang boleh didapati di pasaran hari ini: 0% untuk 6 bulan dengan 1.5% fi pendahuluan, 0% untuk 12 bulan dengan RM0 fi pendahuluan, dan 0% untuk 24 bulan dengan 5% fi pendahuluan.

Kad Kredit A digunakan untuk membeli perabot rumah berjumlah RM12,000Tiada pemindahan bakiPemindahan baki selama 6 bulanPemindahan baki selama 12 bulanPemindahan baki selama 24 bulan
Baki pada kad kredit12,00012,00012,00012,000
Bayaran balik bulanan2,0882,0001,000500
Faedah15% setahun0% setahun0% setahun0% setahun
Fi pendahuluan0%1.5%0%5%
Jumlah faedah yang dibayar pada kad kreditRM528RM180
RM0 

RM600 
Potensi penjimatan dengan pelan pemindahan bakiTidak berkaitanRM348RM528(-RM72)

Dalam contoh di atas, anda membeli barangan bernilai RM12,000 tetapi hanya boleh membayar ~RM2,000 setiap bulan, Dalam situasi tersebut, langkah yang lebih baik ialah untuk memohon program pemindahan baki yang membolehkan anda meminimumkan faedah (atau fi) sepanjang 12 bulan, dengan penjimatan yang boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. 

Contoh di atas juga menunjukkan bahawa anda membayar RM72 lebih untuk fi/faedah bagi pelan pemindahan baki 24 bulan berbanding 6 bulan tanpa pemindahan baki. Walaupun anda akhirnya membayar jumlah yang lebih sedikit, anda memanjangkan tempoh pembayaran balik sebanyak 4x – jika aliran tunai anda sesak, mengambil pelan pemindahan baki membantu mengurangkan risiko caj faedah tambahan dan/atau fi pembayaran lewat. 

***

Pendek kata, terdapat banyak manfaat yang ditawarkan oleh pelan pemindahan baki. Fasiliti ini bukan sahaja boleh mengelakkan daripada membayar faedah yang tinggi, malah apabila digunakan dengan strategik, ia juga boleh menjanakan wang.

Jika anda ingin tahu bagaimana pengguna yang sudah ‘pro’ memaksimumkan manfaat yang ditawarkan oleh pelan pemindahan baki, nantikan artikel seterusnya daripada saya!

4.5 2 votes
Article Rating

SHARE

Comments (0)

Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Top Bahasa Malaysia Articles
Post Image
Panduan Memfail Cukai Pendapatan Individu 2023 (Tahun Taksiran 2022)
Alex Cheong Pui Yin
- 20th April 2023
Musim memfail cukai pendapatan kini kembali, dan semestinya kami kembali semula dengan panduan tahunan ini untuk memudahkan proses […]
Post Image
Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
ringgitplus
- 19th April 2023
Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang […]
Post Image
Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
ringgitplus
- 25th August 2023
Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup […]
Post Image
#JimatWangBersamaHann: Berhenti Membayar Faedah Kad Kredit Dan Jimat Ribuan Ringgit
ringgitplus
- 22nd May 2023
(Baca dalam Bahasa Inggeris di sini.) Saya selalu menasihatkan keluarga serta kenalan saya untuk beralih daripada want tunai […]

Related articles

Related Posts Image
Related Posts Image

Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga

Jacie Tan -
2nd February 2021
Related Posts Image
Related Posts Image