Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
Author Avatar
tax relief

Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang lebih rendah. Antara pelepasan cukai terbesar yang boleh anda peroleh adalah daripada polisi insurans yang anda miliki.

Jika ini kali pertama anda memfailkan cukai, tuntutan premium insurans bukanlah sekadar mencatatkan jumlah premium yang dibayar untuk polisi anda pada setiap tahun. Premium insurans boleh dibahagikan kepada beberapa caj, seperti Hayat, Perubatan, dan Lain-lain. Anda perlu membuat tuntutan yang betul untuk pelepasan cukai pendapatan semasa memfailkan penyata cukai di Malaysia. Jika tidak, anda mungkin akan terlebih lapor pelepasan cukai, dan berdepan risiko dihukum atas kesilapan ini.

Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda untuk membuat tuntutan pelepasan cukai untuk premium insurans. Ini termasuk membantu anda mengenalpasti perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyata insurans tahunan, serta cara yang tepat untuk mengisi borang penyata cukai pendapatan (BNCP) bagi tujuan tuntutan pelepasan cukai untuk premium insurans. 

Apakah pelepasan cukai pendapatan yang ditawarkan untuk insurans?

Untuk polisi insurans, berikut ialah pelepasan cukai yang boleh dituntut untuk cukai pendapatan peribadi Malaysia:

Pelepasan cukai pendapatan MalaysiaTuntutan yang dibenarkan
Insurans hayat dan KWSP– Sehingga RM7,000 untuk insurans hayat (bagi penjawat awam yang tidak membuat caruman KWSP)

– Sehingga RM3,000 untuk insurans hayat dan sehingga RM4,000 (bagi pekerja swasta dan penjawat awam yang membuat caruman sukarela)
Insurans pendidikan dan perubatanSehingga RM3,000 untuk diri sendiri, pasangan, atau anak
Skim persaraan swasta (PRS) dan anuiti tertangguhSehingga RM3,000

Apakah itu penyata insurans tahunan?

Penyata insurans tahunan, juga kadangkala dipanggil penyata premium tahunan, ialah dokumen yang menyenaraikan pelan insurans anda yang dibeli, jumlah premium yang dibayar untuk tahun berkenaan, dan jenis perlindungan yang anda layak terima. Butiran ini penting dalam membantu anda menuntut pelepasan cukai insurans. 

Berikut merupakan contoh penyata insurans tahunan:

insurance income tax 1
(Contoh untuk AIA)
(Contoh untuk Great Eastern)

Cara membaca penyata insurans tahunan untuk tuntutan pelepasan cukai

Demi membuat tuntutan pelepasan cukai pendapatan, anda perlu merujuk pada penyata insurans tahunan anda untuk mengetahui jumlah yang layak dituntut. Kebanyakan syarikat insurans akan memudahkan proses ini dengan menyediakan penyata yang menjelaskan jumlah yang boleh dituntut di bawah insurans Hayat, Perubatan, Penyakit Kritikal (juga kadangkala dirujuk sebagai “Perubatan/Hayat”), dan lain-lain.

Jenis insurans atau perlindungan yang berbeza perlu disusun dengan betul dan dituntut mengikut kategori pelepasan cukai pendapatan yang tepat. Berikut ialah jadual untuk membantu anda menyusun jenis insurans di bawah kategori yang betul:

Kategori tuntutan insuransJenis insurans/perlindungan
Premium insurans hayatHayat
100% daripada premium boleh dituntut 

Kecacatan
100% daripada premium boleh dituntut 

Hayat/Pendidikan
100% daripada premium boleh dituntut
(Alternatif: Tuntut di bawah “Insurans pendidikan dan perubatan” jika penama anda ialah seorang kanak-kanak)
Pendidikan dan insurans perubatanPendidikan
100% daripada premium boleh dituntut 

Perubatan
100% daripada premium boleh dituntut 

Penyakit kritikal
60% daripada premium boleh dituntut
(Alternatif: Tuntut 100% di bawah “Premium insurans hayat” jika insurans penyakit kritikal anda terikat dengan insurans hayat anda)
Skim persaraan swasta (PRS) dan anuiti tertangguhAnuiti/anuiti tertangguh
100% daripada premium boleh dituntut

Ambil maklum bahawa premium yang dibayar untuk rider (manfaat tambahan/pilihan) bagi kemalangan (accidental rider) dan penepian (waiver rider) adalah tidak layak untuk pelepasan cukai.

Mengisi borang nyata cukai pendapatan anda

Dalam borang nyata cukai pendapatan (BNCP), isikan bahagian “Pelepasan Cukai” yang relevan dengan jumlah yang sepadan dalam penyata premium anda (ditunjukkan di dalam petak berwarna merah): 

Contoh pengiraan pelepasan cukai insurans

Untuk menunjukkan kepada anda cara mengira pelepasan cukai insurans, berikut ialah satu senario: seorang individu yang mempunyai tiga pelan insurans dengan AIA, merangkumi beberapa jenis perlindungan. Inilah penyata insurans tahunan beliau:

insurance income tax 4

Dalam contoh di atas, penyata yang diberikan menyatakan dengan jelas jumlah premium yang dibayar untuk setiap jenis perlindungan. Berdasarkan penyata tersebut, anda boleh dengan mudah menambah jumlah premium untuk setiap jenis perlindungan. Ambil maklum bahawa untuk Penyakit Kritikal, individu ini boleh menuntut sama ada 60% daripada jumlah tersebut di bawah Insurans Pendidikan & Perubatan, atau 100% daripadanya di bawah Insurans Hayat. Anda boleh cuba beberapa cara kiraan mengikut kategori-kategori berkenaan; matlamat anda adalah untuk mendapatkan tuntutan maksimum daripada kedua-dua Insurans Hayat dan Insurans Pendidikan & Perubatan kerana mereka merupakan dua peruntukan yang berasingan.

Berdasarkan tiga penyata yang diberikan di atas, berikut ialah cara pengiraan yang paling optimum untuk tuntutan pelepasan cukai bagi individu tersebut:

 Premium insurans hayatInsurans pendidikan dan perubatanPRS dan anuiti tertunda
Penyata 11,321.47
Penyata 2981.992,018.01
Penyata 31,565.10140.94(60% x 234.90)
Jumlah3,868.562,158.95

Berdasarkan pengiraan di atas, individu ini sebenarnya berhak menuntut RM3,868.56 di bawah Insurans Hayat dan RM2,158.95 di bawah Pendidikan & Insurans Perubatan. Bagaimanapun, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menetapkan bahawa setiap pembayar cukai hanya boleh menuntut jumlah maksimum sebanyak RM3,000 untuk Insurans Hayat (bukan penjawat awam), serta RM4,000 untuk Pendidikan & Insurans Perubatan. 

Memandangkan peruntukan untuk Insurans Hayat sebanyak RM3,000 telah dimaksimumkan, lebih wajar untuk individu tersebut menuntut baki insurans Penyakit Kritikal di bawah Pendidikan & Insurans Perubatan, walaupun individu itu hanya boleh menuntut 60% daripada jumlah tersebut.

Oleh itu, pelepasan cukai insurans individu tersebut akhirnya akan kelihatan seperti di bawah:

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sesetengah syarikat insurans akan menyediakan penyata tahunan khusus untuk proses pemfailan cukai, di mana premium insurans diperincikan untuk menunjukkan dengan mudah jumlah yang anda boleh tuntut untuk setiap pelepasan. Jika penyata insurans anda telah diperincikan, maka anda hanya perlu mengisi maklumat yang diberikan dalam BNCP anda – tanpa perlu membuat pengiraan. 

***

Sambil melindungi diri anda dan orang yang tersayang dengan pelan insurans, anda juga boleh mengurangkan jumlah pendapatan bercukai anda (lalu membayar cukai pendapatan yang lebih rendah). Ini sebenarnya salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan insurans. Mudah-mudahan, artikel ini membantu anda untuk lebih memahami cara menuntut pelepasan cukai insurans anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang pemfailan pendapatan cukai, anda boleh merujuk pada halaman Cukai Pendapatan yang telah kami sediakan, termasuklah panduan tahunan cukai pendapatan kami (tahun taksiran 2022) dan artikel tentang cara untuk memfailkan cukai pendapatan anda buat kali pertama.

4.7 3 votes
Article Rating

SHARE

Comments (2)

Subscribe
Notify of

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Mokhtar
12 days ago

Asmk … bila dah isi bahagian insuran nyawa dan insuran perubatan tapi kenapa dalam ringkasan cukai (bahagian akhir sebelum hantar) tidak tertulis jumlah jumlah yang telah di isi?. Yang ada dalam ringkasan itu cuma zakat sahaja. Juga jumlah yang terlebih bayar (contoh kalau ada lebihan) tidak berubah kalau ada amount dalam bahagian insuran nyawa atau insuran perubatan. Boleh jelaskan, terima kasih

ssenik
2 days ago
Reply to  Mokhtar

Waalaikumussalam. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan mereka di Hubungi Kami

Top Bahasa Malaysia Articles
Post Image
Panduan Memfail Cukai Pendapatan Individu 2023 (Tahun Taksiran 2022)
Alex Cheong Pui Yin
- 20th April 2023
Musim memfail cukai pendapatan kini kembali, dan semestinya kami kembali semula dengan panduan tahunan ini untuk memudahkan proses […]
Post Image
Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
ringgitplus
- 19th April 2023
Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang […]
Post Image
Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
ringgitplus
- 25th August 2023
Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup […]
Post Image
#JimatWangBersamaHann: Berhenti Membayar Faedah Kad Kredit Dan Jimat Ribuan Ringgit
ringgitplus
- 22nd May 2023
(Baca dalam Bahasa Inggeris di sini.) Saya selalu menasihatkan keluarga serta kenalan saya untuk beralih daripada want tunai […]

Related articles

Related Posts Image
Related Posts Image

Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga

Jacie Tan -
2nd February 2021
Related Posts Image
Related Posts Image