Bagaimana Perubahan Kadar Polisi Semalaman (OPR) Mempengaruhi Kewangan Rakyat Malaysia
Author Avatar
(Image: The Sun)

(Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris.)

Semenjak tahun 2019, rakyat Malaysia telah banyak mendengar berita tentang kadar dasar semalaman (OPR). Ia telah dikurangkan daripada 3.25% – iaitu kadar sebelum Malaysia dilanda pandemik Covid-19 – kepada 1.75%, sebelum dinaikkan semula ke kadar semasa 3.00% pada minggu lepas.

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia sedar bahawa OPR ini amatlah penting dalam dasar monetari Malaysia, tidak ramai yang benar-benar faham akan peranan OPR dan pengaruhnya terhadap situasi kewangan diri mereka.

Oleh itu, kami di RinggitPlus akan menjelaskan serba-sedikit tentang OPR, serta bagaimana kenaikan atau pengurangan OPR akan mempengaruhi rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian. 

Apa itu Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

Pendek kata, OPR adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk digunakan sebagai penanda aras (benchmark) oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia apabila menentukan kadar faedah produk pinjaman dan simpanan/deposit mereka.  

Secara amnya, OPR ini akan disemak dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM sebanyak enam kali setahun, iaitu pada setiap Januari, Mac, Mei, Julai, September, dan November. Pelbagai faktor akan diambil kira dalam proses penetapan OPR, termasuklah perkembangan semasa ekonomi domestik dan global, serta inflasi.

Kesan perubahan OPR ke atas situasi kewangan rakyat Malaysia

Sebarang perubahan kepada OPR sudah tentunya akan mempengaruhi cara dan bila orang meminjam dan menyimpan wang.

Bank-bank di Malaysia secara amnya akan melaraskan kadar deposit dan kadar asas pinjaman mereka sejajar dengan pergerakan OPR. Oleh itu, pemotongan OPR biasanya akan diikuti oleh pemotongan kadar deposit dan kadar asas pinjaman, manakala kenaikan OPR pula akan melibatkan penambahan kadar-kadar tersebut.

Jika kadar deposit dan kadar asas pinjaman dipotong, ini bermaksud kadar faedah yang lebih rendah akan dikenakan untuk simpanan serta pinjaman. Ringkasnya, pemotongan OPR adalah baik untuk orang yang ingin membuat pinjaman, dan tidak begitu baik untuk orang yang ingin menyimpan wang. 

Sebaliknya, apabila kadar deposit dan kadar asas pinjaman dinaikkan, kadar faedah untuk simpanan serta pinjaman juga lebih tinggi. Keadaan ini pula lebih bermanfaat untuk mereka yang ingin menyimpan duit, manakala peminjam akan terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi untuk pinjaman mereka.

Impak ke atas peminjam

Anda perlu mempertimbangkan dua perkara apabila memikirkan tentang pinjaman berikutan sebarang perubahan kepada OPR. Pertama, adakah produk pinjaman berkenaan mempunyai kadar berubah atau tetap? Kedua, adakah anda seorang peminjam sedia ada atau peminjam baru ingin membuat pinjaman dalam masa terdekat?

Kebiasaannya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi adalah pinjaman berkadar tetap (fixed rate), yang bermaksud kadar faedah untuk pinjaman tersebut tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman tersebut. Bagi pinjaman berkadar tetap, peminjam sedia ada tidak akan melihat sebarang perubahan susulan perubahan OPR, maka anda tidak perlu khuatir sama ada kadar faedah anda akan naik atau turun. 

Sebaliknya, jika anda baru sahaja ingin membuat pinjaman peribadi atau pinjaman kereta, kadar OPR yang rendah membolehkan “anda boleh mengambil kesempatan dan membuat permohonan ketika kadar faedah pinjaman masih agak rendah (sebelum BNM membuat keputusan untuk menaikkan OPR lagi). Apabila permohonan anda diluluskan, “mengunci” kadar faedah pinjaman berkadar tetap yang rendah tanpa sebarang perubahan pada masa hadapan.

Walaubagaimanpun, pinjaman perumahan pula mempunyai kadar faedah terapung, yang bermaksud kadar faedah boleh berubah sepanjang tempoh pinjaman. Kadar faedah yang dikenakan terhadap pinjaman anda akan naik atau turun, bergantung kadar OPR.

Sebagai garis panduan, apabila OPR diubah sebanyak 25 mata asas, peminjam yang mempunyai pinjaman rumah sedia ada akan perlu membayar kira-kira RM20 lebih (jika OPR naik) atau kurang (jika OPR turun) untuk setiap RM100,000 yang dipinjam.

Impak ke atas individu yang menyimpan duit

Seperti yang telah kami katakan, OPR yang rendah akan menyebabkan kadar faedah produk-produk bank dikurangkan. Ini juga bermakna kadar faedah bagi produk simpanan – seperti akaun semasa dan simpanan, serta deposit/simpanan tetap – akan menjadi lebih rendah. Promosi deposit untuk pengguna juga akan berkurangan.

Dalam situasi sebegini, anda digalakkan untuk mencari alternatif simpanan lain yang mungkin memberikan kadar keuntungan yang lebih baik serta manfaat-manfaat lain. Sebagai contoh, dana pasaran wang (money market fund) mungkin akan lebih baik kerana ciri-ciri tertentu, seperti tiada tempoh berkunci (no lock-in period). Artikel ini menjelaskan beberapa alternatif bagi simpanan deposit tetap (fixed deposit) di Malaysia.

Jika OPR dinaikkan pula, peminjam bolehlah bergembira kerana kadar faedah bagi produk-produk simpanan juga akan dinaikkan. Oleh itu, anda bolehlah mendepositkan wang anda di bank atau institusi yang terbaik untuk menikmati kadar faedah yang lebih tinggi.

Demi kebaikan negara

Walaupun keputusan yang dibuat oleh kerajaan kita serta BNM adalah untuk kepentingan negara secara keseluruhan, perubahan OPR serta keputusan lain kadang-kala tidak mudah difahami oleh masyarakat. 

Kami di RinggitPlus akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan anda memahami perubahan-perubahan sedemikian, demi memperkasakan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang bijak dan memaksimumkan nilai wang mereka.

0 0 votes
Article Rating

SHARE

Comments (0)

Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Top Bahasa Malaysia Articles
Post Image
Panduan Memfail Cukai Pendapatan Individu 2023 (Tahun Taksiran 2022)
Alex Cheong Pui Yin
- 20th April 2023
Musim memfail cukai pendapatan kini kembali, dan semestinya kami kembali semula dengan panduan tahunan ini untuk memudahkan proses […]
Post Image
Cara Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk Premium Insurans Anda
ringgitplus
- 19th April 2023
Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai anda, lalu membayar cukai yang […]
Post Image
Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga
ringgitplus
- 25th August 2023
Pembelian rumah bukan perkara kecil, bahkan boleh dianggap antara keputusan paling besar yang kita akan lakukan dalam hidup […]
Post Image
#JimatWangBersamaHann: Berhenti Membayar Faedah Kad Kredit Dan Jimat Ribuan Ringgit
ringgitplus
- 22nd May 2023
(Baca dalam Bahasa Inggeris di sini.) Saya selalu menasihatkan keluarga serta kenalan saya untuk beralih daripada want tunai […]

Related articles

Related Posts Image
Related Posts Image

Kriteria Untuk Memilih Rumah Idaman Keluarga

Jacie Tan -
2nd February 2021
Related Posts Image
Related Posts Image